Rampas Alkitab Bahasa Melayu tanpa waran tangkap - tindakan JAIS
2 Jan - Bible Society of Malaysia diserbu oleh pihak JAIS seramai 15 pegawai ditemani 2 pegawai polis pada hari ini jam 1 petang. Sebanyak 321 Alkitab Bahasa Melayu dan beberapa Alkitab Bahasa Iban telah dirampas semasa serbuan tersebut. Dua pemimpin persatuan tersebut juga ditahan dan dibawa ke balai polis: Pengerusi Bible Society of Malaysia Lee Min Choon dan pengurus pejabatnya Sinclair Wong dibebaskan di Balai Polis Damansara selepas 90 minit di balai polis itu.
Dalam masa yang sama, pelbagai pertubuhan Islam mendesak agar tindakan diambil ke atas pengarang majalah Katolik The Herald, Rev Father Lawrence Andrew, kerana kenyataannya mahu terus menggunakan nama Allah dalam terbitannya. Lawrence telah pun dipanggil oleh pihak polis.
Kenyataan Lawrence itu ekoran kenyataan Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad, yang berkata, jabatan itu sedang menyenaraikan nama gereja yang akan diberitahu supaya mengelak menggunakan nama Allah kerana bertentangan dengan undang-undang di Selangor.
Enakmen 1988 iaitu Agama bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim) yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1988, melarang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.
Kami menggunakan perkataan Allah sekian lama, sejak tahun 1974 lagi ketika Alkitab Bahasa Melayu dicetak. Membaca kenyataan yang melarang penggunaan kalimah "Allah" ini benar-benar menyedihkan orang Kristian di Malaysia. Mengapa cuma sekarang kalimah ini dipersoalkan? Mengapa tidak mengamalkan kebebasan beragama seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan? Mengapai ingin mencerai-beraikan toleransi yang sudah sekian lama kita cuba kekalkan?
Kita 1 Malaysia, namun mengapa pendirian negeri-negeri mula dipecahkan dan tidak sehaluan? Bagaimana mungkin kita mencapai Wawasan 2020 jikalau perkara ini berterusan? Perkara buruk yang malah akan terjadi kelak!
Namun kenyataannya, Yesus sendiri mengatakan ini : Matius 24:7 - "Satu bangsa akan berperang melawan bangsa yang lain. Satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain...."
Bersiap-sedialah wahai saudaraku!
(sumber :
0 Ulasan